Questions & Answer

Soalan : Bolehkah jam ini ‘claim warranty’ jika terputus tali ?


Jawapan : Warranty jam adalah untuk kerosakan enjin sahaja. Selain daripada itu, perlulah baiki di kedai jam yang berdekatan.

.

Soalan : Adakah syarikat jam tawaf al-isra ini mempunyai pusat service untuk membaiki jam ?


Jawapan : Buat masa sekarang , syarikat kami masih belum ada pusat service untuk membaiki jam yang rosak.

.

Soalan : Bolehkah saya ingin menjadi pengedar atau Dropship dengan syarikat ini ?


Jawapan : Ya boleh, mohon tekan link whatsapp kami sini : www.jamtawaf.my/zairul

.

Soalan : Apakah jam ini boleh dimasukkan ke dalam air ?


Jawapan : Ya boleh untuk paras air yang telah dimaklumkan , sebagai contoh 3atm adalah untuk 30 meter kedalaman air, 5atm untuk 50 meter kedalaman air , dan 10atm untuk 100 meter kedalaman air. Namun kalis air ini akan terjejas apabila direndam ke dalam air yang suhu panas atau kedalam air yang masin seperti air laut.

.

Soalan : Apakah cara untuk hilangkan air yang masuk dalam jam ?


Jawapan : Caranya , boleh buka penutup belakang jam dan dijemur di tempat panas, ataupun ambil sedikit beras dalam satu bekas, kemudian benamkan jam tersebut selama beberapa hari.

.

Soalan : Apakah jarum kecil atau chronograph itu berfungsi ?


Jawapan : Tidak, jarum kecil atau chronograph itu hanyalah decoration atau hiasan sahaja buat masa ini. Ini kerana untuk enjin jam tawaf masih belum ada teknologi dunia mengeluarkannya, bahkan kos untuk ciptanya paling kurang tempahan lebih 100,000 unit .

.

Soalan : Siapakah yang akan tanggung kos pengeposan semula jam yang rosak kepada syarikat ?


Jawapan : Kos ditanggung oleh pelanggan untuk ‘claim warranty’ selepas ia disahkan boleh claim sahaja. Manakala jam yang baru dibaiki atau gantian baru pula akan ditanggung oleh syarikat.

.

Soalan : Apakah jam ini boleh fungsi untuk penunjuk arah Qibla dan peringatan Azan ?


Jawapan : Kini hanya model Jam Tawaf Qibla sahaja mempunyai fungsi tersebut . Ini link jam tersebut.

.

Soalan : Apakah saya boleh ambil ‘by hand’ atau COD ?


Jawapan : Buat masa ini, di HQ segala urusan jual beli adalah secara online dan pengeposan secara Percuma untuk semua pelanggan 

.

Soalan : Apakah boleh dapatkan promosi diskaun ini selepas tamat 2 hari promosi yang dibuat ?


Jawapan : Ya boleh jika stok masih ada untuk anda .

.

Soalan : Apakah jam ini boleh dilihat di tempat yang gelap ?


Jawapan : Tidak, jam ini tidak boleh dilihat di tempat gelap kecuali model Jam TSD kerana mempunyai led digital.

.

Soalan : Apakah boleh jika mahu tunggu gaji untuk buat bayaran bagi dapatkan promosi ini  ?


Jawapan : Ya boleh jika stok masih ada untuk anda.

.

Soalan : Kenapa harga promosi masih sama dan berkali-kali ?


Jawapan : Promosi syarikat akan dilakukan kerap kali dalam masa terdekat, mungkin waktu iklan dijalankan anda ternampak promosi tersebut atau ketika anda hubungi kami, promosi sedang dijalankan.

.

Soalan : Apakah tali jam susah ini untuk dibuka ?


Jawapan : Sebahagian jam talinya lebih ketat untuk dibuka kerana ia masih baru dan ia akan menjadi seperti biasa setelah anda memakainya kerap kali.

.

Soalan : Jam ini dibuat di mana ?


Jawapan : Enjin jam adalah daripada Jepun , manakalah jam ini dipasang di China.

.

Soalan : Saya dah dapat jam, tetapi nak tukar kepada design lain boleh ke ?


Jawapan : Maaf, jam yang telah di postage dengan selamat sampai kepada pelanggan ia tidak boleh dibuat pertukaran

.

Soalan : Saya dah dapat jam, tetapi jarum jam tidak bergerak ?


Jawapan : Jam tersebut sudah disertakan bateri yang baru, tuan/cikpuan dikehendaki membuang klip putih di bahagian butang ‘setting jam’ . Jarumnya pasti akan bergerak.

.

Soalan : Kenapa saya cek nombor tracking tiada dalam rekod pos laju ?


Jawapan : Pada satu-satu masa, kami membuat pengeposan pada kuantiti yang amat tinggi setiap hari. Oleh itu kemungkinan sistem bahagian pihak pos laju, masih belum ‘update’  dalam sistem tracking mereka. Tuan/Cikpuan dikehendaki membuat semakan dari masa ke semasa untuk mengetahui status barangan tersebut dalam 5-7 hari waktu bekerja. 

.

Soalan : Apakah jam ini boleh masuk tandas kerana ada logo seakan bentuk kaabah?

.
Jawapan :

Gambar seakan kaabah itu sebenarnya bukan gambaran sebenar dan ia sekadar replika dan logo brand sahaja.


Cuba kita perhatikan sekeliling kita yang turut menggunakan gambar tersebut.


Antaranya gambar kaabah di permukaan sejadah,ketika kita solat, gambar itu berada pada paras kaki kita kan.


Ok contoh lain biasa kan kita tengok kopiah yang ada logo seakan kaabah ?


Biasanya dia bawa sekali kopiah tersebut ke tandas kan.


Okla selalunya benda ni tiada apa masalah dan menjadi isu sebelum ni, dia bergantung pada niat asal kita sebenarnya.


Namun jika tuan/puan rasakan was-was atau tidak yakin apabila dipakai masuk tandas.

Lebih baik ditanggalkan sahaja senang dan mudah bahkan barang berharga ini lebih selamat andai terjatuh di tempat yang tidak sepatutnya nanti.


Semoga ia dapat membantu atas persoalan ini


Terima Kasih 🙂

.

Soalan : Apa maksud water resistance 3atm ?


Jawapan : 3atm bermaksud  jam ini boleh berada pada paras 30meter kedalaman air,iaitu ketahanan air untuk kegiatan seharian seperti terkena hujan, percikan air. Tidak sesuai digunakan pada saat berenang atau terkena air bertekanan, misalnya terkena semburan air dari hos. Dalam erti kata lain, water resistant 3atm tidak digalakkan bawa mandi, berenang, menyelam atau rendam.

.

Soalan : Bila tempoh ‘warranty ‘ ini bermula ?


Jawapan : Tempoh waranti ini bermula dari tarikh yang terdapat pada slip postage tersebut.

.

Soalan : Jika saya buat pembayaran hari ini, bila jam ini akan sampai ?


Jawapan : Pengeposan akan dilakukan dalam masa 1-3 hari bekerja dan biasanya barang yang dipos akan sampai dalam masa 2-3 hari bekerja, bergantung juga pada tahap kepantasan posmen yang menghantar barang ke tempat tuan/puan.

.

Soalan : Adakah jam ini ada jual dalam bentuk ‘rumi’ ?


Jawapan : Maaf, disebabkan permintaan jam tawaf ini sangat tinggi pada tulisan jawi. Tulisan rumi sudah tidak dikeluarkan lagi. 

.

Soalan : Bagaimana cara untuk ‘setting’ dan baca jam ini ?


Jawapan : Jam tawaf ini berpusing secara arah lawan jam atau terbalik. Jadi bacaannye dari kiri ke kanan. Iaitu bermula nombor 1 adalah sebelah kiri .

.

Soalan : Bagaimana cara untuk cek tracking ‘pos laju’ ?


Jawapan : Tuan/cikpuan boleh layari link http://poslaju.com.my/track-trace-v2/ untuk cek no tracking tersebut. Sila rujuk di pejabat pos laju yang berdekatan  dan bawa no tracking yang diberi sekiranya barang tidak sampai.

.

Soalan : Barang akan sampai di ‘pos laju’ atau di rumah ?


Jawapan : Posmen akan hantar berdasarkan alamat tuan/cikpuan berikan untuk pengeposan . Jika tuan/cikpuan tiada semasa penghantaran. Notis akan diberikan oleh posmen untuk mengambil di pejabat pos berdekatan.

.

Soalan : Adakah barang dijamin sampai ?


Jawapan : Barang dijamin sampai dengan selamat jika alamat yang diberi lengkap. Tambahan lagi, selepas pengeposan, pihak kami akan terus bagi no tracking untuk memudahkan tuan/cikpuan cek status penghantaran barang tersebut.

.

Soalan : Adakah anda dan syarikat ini ‘trusted seller’ Apa bukti kepercayaan dan tidak menipu ?


Jawapan : Ya, kami merupakan trusted seller. Syarikat kami Alisra Sdn Bhd berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah no 1235372-U Tuan/cikpuan boleh rujuk no pendaftaran syarikat kami ini di SSM sekiranya tuan/cikpuan kurang yakin atau ragu. Sila datang ke pejabat kami dengan search di waze ” Jam Tawaf Al-isra’ untuk berjumpa kami.

.

Soalan : Bateri jam tahan berapa lama ?


Jawapan : Bateri jam boleh tahan sehingga 2-3 tahun . Namun jaminan bateri yang diberikan hanyalah 1 tahun. Jika bateri habis, sila tukar di kedai jam berdekatan.